Cari:
Hishammudin: Masih Ada 400 Ribu Orang Rohingya Mahu Larikan Diri
2015-05-29 14:12:54 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata, masih terdapat sekurang-kurangnya 400 ribu orang etnik Rohingya di Myanmar mahu melarikan diri ke Malaysia atau negara jiran lain, selain yang masih menunggu bantuan kapal hanyut atau yang sudah ditempatkan di Malaysia.

Demikian dinyatakan Hishammudin ketika menghadiri sambutan ulang tahun ke-82 penubuhan Angkatan Tentera Darat Diraja Malaysia di negeri Sembilan semalam. Menurut beliau, kerajaan Malaysia telah memberikan bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya dengan sebaik-baik mungkin, antaranya termasuklah mengerahkan empat kapal perang yang membawa 350 orang anggota tentera laut untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat penumpang kapal hanyut.

Selain itu, pihaknya telah menetapkan dua pusat perkhidmatan kebangsaan di Kedah untuk menempatkan etnik Rohingya buat sementara yang dijangka dapat menerima lebih 800 orang penumpang gelap. Beliau mencadangkan Malaysia, Thailand dan Indonesia membincangkan jalan penyelesaian yang muktamad kerana langkah yang diambil sekarang hanya untuk sementara waktu.

Menurut maklumat, wakil daripada 17 buah negara dan pertubuhan termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), AS dan ASEAN akan mengadakan mesyuarat khas di Bangkok hari ini untuk membincangkan krisis penumpang kapal hanyut tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China