Cari:
Guangxi Tingkatkan Perkhidmatan Manfaatkan ASEAN
2015-05-29 14:57:32 CRI Cetak

Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi Parti Komunis China, Peng Qinghua di Nanning semalam berkata bahawa masa depan perkembangan e-dagang amat cerah. Guangxi akan mempercepat pembinaan pangkalan maklumat China-ASEAN dengan melaksanakan projek e-dagang di ASEAN, menyediakan maklumat yang memanfaatkan rakyat serta menubuhkan ibu pejabat e-dagang yang menyasarkan ASEAN.

Mesyuarat Pembangunan Perkhidmatan Guangxi diadakan di Nanning semalam. Kerajaan Guangxi mengemukakan rancangan untuk mengembangkan industri perkhidmatan termasuk e-dagang bagi menyediakan perkhidmatan kepada pembangunan "Satu Jalur, Satu Laluan" yang menyasarkan ASEAN.

Pengerusi wilayah Guangxi, Cheng Wu menyatakan bahawa Guangxi akan dibangunkan sebagai pangkalan perkapalan antarabangsa serantau, di samping pusat logistik perdagangan antarabangsa serantau, pusat perkhidmatan kewangan antarabangsa, pusat pertukaran maklumat antarabangsa serta destinasi pelancongan antarabangsa yang terkenal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China