Cari:
China dan Singapura Bekerjasama Pelihara Keamanan Serantau
2015-05-30 15:26:42 CRI Cetak

Naib Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat(PLA) China, Jeneral Tentera Laut Sun Jianguo telah menemui Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen ketika menyertai Dialog Shangri-La (SLD) di Singapura petang semalam.

Sun Jianguo menyatakan bahawa sejak hubungan diplomatik China-Singapura terjalin pada 25 tahun yang lalu, hubungan dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara berkembang dengan baik. Hubungan tentera kedua-dua negara juga diperkembangkan. Beliau berharap Singapura mengekalkan sikap yang berhati-hati, adil dan objektif dalam isu Laut China Selatan, bersama-sama dengan China memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.

Ng Eng Hen dalam pertemuan itu mengucapkan terima kasih terhadap China terus menghantar wakil menghadiri SLD. Beliau berkata Singapura mempercayai dan menyokong pembangunan China secara damai dan mengalu-alukan penyertaan China dalam rangka keselamatan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China