Cari:
Liu Yandong Lawat Institut Konfusius Universiti Maranatha Christian Indonesia
2015-05-30 15:35:47 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong yang sedang mengadakan lawatan ke Indonesia telah meninjau Institut Konfusius Universiti Maranatha Christian yang terletak di Bandung.

Liu Yandong telah melawat pameran hasil pengajaran dan bahan pengajaran Universiti Konfucius itu, di samping berbual-bual dengan wakil pelajar dan menonton pertunjukan kesenian yang dipersembahkan para pelajar.

Liu Yandong menyanjung tinggi penubuhan mekanisme pertukaran sosiobudaya peringkat Naib Perdana Menteri China-Indonesia dan berkata kalangan rakyat merupakan dasar bagi persahabatan kedua-dua negara dan masa depan pula di bergantung pada kalangan belia. Beliau berharap Institut Konfusius Universiti Maranatha Christian Indonesia terus meningkatkan mutu pengajaran, membantu rakyat Indonesia mempelajari bahasa Mandarin dan mengetahui kebudayaan China untuk memberi sumbangan lebih besar kepada pertukaran lawatan antara rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China