Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong yang sedang mengadakan lawatan ke Indonesia telah menemui Datuk bandar Bandung, Ridwan Kamil kelmarin serta bersama-sama melawat tapak Persidangan Bandung yang diadakan pada tahun 1955 dan pameran gambar mengenai penyertaan Perdana Menteri China pada masa itu, Zhou Enlai dalam persidangan itu.
Liu Yandong menyatakan bahawa Persidangan Bandung mempunyai erti istimewa bagi negara-negara membangun termasuk China. China bersedia bersama-sama dengan Indonesia terus menggalakan perpaduan dan kerjasama antara negara-negara membangun, memberikan sumbangan yang lebih besar untuk mewujudkan kedamaian, pembangunan dan kemakmuran di dunia agar mewarisi dan menyemarakkan semangat Bandung dengan tindakan yang sebenar.
Ridwan Kamil berkata, bandar Bandung sedang merancang untuk membina sebuah taman tema Zhou Enlai dalam Taman Asia-Afrika yang bakal dibina untuk memperingati sumbangan penting Zhou terhadap persidangan itu.