Cari:
Malaysia Harap Tarik Lebih Ramai Pelancong China
2015-05-31 15:12:18 CRI Cetak

Dalam Pameran Pelancongan Ekspo China-ASEAN 2015 yang diadakan di Guilin, Guangxi China baru-baru ini, gerai pameran Malaysia telah menarik ramai pen yang berminat terhadap pelancongan Malaysia.

Utusan Khas Kedutaan Besar Malaysia ke China, ketika diwawancara oleh wartawan Agensi Berita China menyatakan bahawa industri pelancongan merupakan industri tunggak Malaysia, manakala China dan negara ASEAN adalah sumber pelancong yang penting bagi negaranya. Namun, selepas peristiwa pesawat MH370 yang hilang pada tahun lalu, industri pelancongan Malaysia terjejas, khususnya pelancong dari China menjadi berkurangan. Pihaknya berharap lebih ramai pelancong China mengunjungi Malaysia.

Ketika menyebut kejadian pelancong diculik di Sabah, pegawai itu menyatakan bahawa memang seperti yang dijelaskan oleh Kementerian Luar Malaysia, Malaysia akan giat menjamin keselamatan pelancong asing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China