Cari:
Usaha Selamatkan Mangsa Gempa Diteruskan
2015-06-08 10:57:24 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan jaminan segala usaha sedang dilakukan oleh agensi kerajaan untuk mencari dan menyelamatkan mangsa yang masih terkandas di kawasan Gunung Kinabalu. Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara kini berada di Sabah untuk memantau situasi dan menguruskan operasi di sana.

Najib memberitahu, anggota serta aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada dalam keadaan bersiap sedia untuk dikerahkan, manakala Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terdiri daripada paramedik, jurutera dan penyelamat telah pun digerakkan bagi membantu dalam apa-apa bentuk sekalipun.

Najib menambah, beliau difahamkan setakat ini, seramai 168 mangsa telah diselamatkan, manakala 18 mangsa yang terkorban terdiri daripada lapan warga Singapura, empat rakyat tempatan dan seorang masing-masing dari Jepun, China dan Filipina.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China