Cari:
GST Halang Krisis Ekonomi Akibat Kejatuhan Harga Minyak
2015-06-10 11:52:49 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan sekiranya kerajaan tidak melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), negara itu mungkin mengalami krisis ekonomi berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Menurut beliau, tidak timbul isu hasil GST digunakan untuk menanggung usaha niaga yang gagal atau digunakan untuk menyelamatkan kerajaan.

Beliau menjelaskan, GST merupakan sistem percukaian yang lebih telus dan sistematik berbanding dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, penggantian sistem itu bertujuan untuk memperluas hasil perolehan, sekali gus mengelakkan kebergantungan negara terhadap hasil minyak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China