Cari:
Penjualan Kenderaan Susut di Beberapa Asia Tenggara
2015-06-12 13:08:27 CRI Cetak

Menurut akhbar Nanyang Siang Pau, Malaysia, susut nilai mata wang menjejaskan pasaran kenderaan di Asia Tenggara sehingga jumlah penjualan kereta baharu hanya mencatat 180 ribu unit di pasaran Malaysia, Indonesia dan Thailand pada bulan April lalu, yang menurun 24% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Indonesia antara pasaran penjualan kenderaan paling besar di Asia Tenggara. Setakat tahun 2013, jumlah penjualan kereta baharu mencipta rekod tertinggi dalam sejarah selama empat tahun berturut-turut. Berikutan kadar pertukaran Rupiah berbanding USD menurun pada pertengahan tahun lalu, kadar faedah meningkat, tambahan pula bayaran pembelian alat ganti kereta import dan kos pengeluaran semakin meningkat, kilang-kilang kenderaan dalam negeri terpaksa meningkatkan harga penjualan. Jangkaan penjualan kereta baharu Indonesia telah diturunkan daripada 1.2 juta unit kepada satu hingga 1.1 juta pada tahun ini.

Dalam pada itu, kereta buatan Jepun turut terjejas di pasaran Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China