Cari:
Perjanjian Kerjasama Universiti Pengajian Asing Guangdong dan Universiti Malaya
2015-06-13 14:52:47 CRI Cetak

Universiti Pengajian Asing Guangdong(GDUFS), China dan Universiti Malaya, Malaysia memeterai perjanjian kerjasama pada 10 Jun lalu.

Naib Presiden Universiti Pengajian Asing Guangdong, Fang Fanquan berkata, pihaknya bersedia untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan Universiti Malaya dalam jangka masa yang panjang. Kerjasama ini akan memainkan peranan penting bagi perkembangan jurusan bahasa Melayu di universiti itu.

Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Mohamad Mokhtar Abu Hassan pula berkata, beliau menanti-nantikan kerjasama pragmatik dengan Universiti Pengajian Asing Guangdong dalam pendidikan tenaga profesional jurusan bahasa Melayu, pertukaran pelajar, penghantaran pakar asing dan penyelidikan ilmiah.

Kedua-dua pihak memeterai Memorandum Persefahaman(MoU) Kerjasama Akademik dan Memorandum Perjanjian (MoA) Pertukaran Pelajar.

Universiti Pengajian Asing Guangdong akan menawarkan kursus bahasa Melayu pada musim gugur tahun ini dan akan menerima 20 orang pelajar setiap tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China