Cari:
Kapal Minyak Malaysia Hilang
2015-06-16 11:33:15 CRI Cetak

Sebuah kapal minyak Malaysia yang membawa muatan 6,000 tan petroleum dan 22 orang anak kapal terputus hubungan sejak 11 Jun lalu.

Kapal berkenaan dipercayai hilang di perairan berhampiran negeri Johor dalam perjalanan dari Melaka ke Kuantan. Antara 22 orang anak kapal termasuk 16 warga Malaysia, lima warga Indonesia dan seorang warga Myanmar.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Ahmad Fuzi Ab. Kahar, kapal minyak itu berkemungkinan besar dirompak oleh lanun. Jelas beliau, kapal tersebut dijangka tidak tenggelam kerana tiada bangkai atau tumpahan minyak ditemui. Di samping itu, tiada panggilan kecemasan diterima daripada kapal itu, yang menunjukkan alat komunikasi dan sistem pengesannya sudah ditutup.

Beliau juga menolak kemungkinan kapal itu dirampas dan anak kapal dijadikan tebusan memandangkan sehingga petang semalam tiada mana-mana pihak menghubungi untuk meminta wang tebusan.

Tambah beliau, pihaknya telah meminta bantuan agensi penguat kuasa negara jiran untuk bekerjasama mencari kapal tersebut. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran yang meliputi kawasan pencarian seluas 50,000 kilometer persegi sedang giat dijalankan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China