Cari:
Pasar HerbaTarik Peniaga Negara ASEAN
2015-06-22 11:52:22 CRI Cetak

Sempena Pesta Duanwu China, pasar herba yang diadakan sekali setahun pada masa itu bermula di kaunti Jingxi, bandar Baise, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi yang terletak di kawasan sempadan China-Vietnam. Pasar herba yang sudah bersejarah seribu tahun itu buat kali pertama menarik penyertaan pakar perubatan serta pegawai dari Malaysia, Myanmar dan Kemboja.

Peniaga-peniaga daripada banyak syarikat pengeluaran ubat herba menjual lebih seribu spesies tumbuhan herba liar dalam pasar ini. Para peniaga yang datang dari China termasuk wilayah Guangxi, provinsi Yunnan, Guizhou dan Guangdong serta provinsi Cao Bằng, Vietnam berniaga di dalam pasar itu.

Bangunan yang dinamakan Kota Ubat Herba China dengan pelaburan sebanyak RMB 1.1 bilion sudah siap dibina dan beroperasi secara rasmi di kaunti Jingxi pada tahun ini. Jingxi berkemungkinan menjadi hab perniagaan dan perkongsian maklumat tentang produk herba yang baharu bagi China dan negara-negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China