Cari:
China Mahu Bekerjasama dengan Indonesia Galakkan Pembinaan Orde Politik dan Ekonomi Antarabangsa yang Rasional
2015-06-23 15:00:59 CRI Cetak

Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng diundang menghadiri majlis perasmian Sidang Dasar Luar Indonesia 2015 dan menyampaikan ucaptama ketika menyertai perbincangan kumpulan yang bertemakan "Indonesia, Negara Baharu dan Negara Besar Sejagat pada Abad ke-21" di Jakarta.

Xie Feng menyatakan bahawa dalam situasi sekarang, China, Indonesia dan entiti ekonomi baharu perlu bekerjasama untuk mencari kaedah baharu bagi mewujudkan inklusif dan kerjasama dalam sektor politik, meneroka masa depan pembangunan yang saling menguntungkan dalam bidang ekonomi, mewujudkan situasi keselamatan yang dapat dikongsi bersama-sama, bertukar-tukar dan mempelajari kebudayaan masing-masing untuk menggalakkan pembinaan orde politik dan ekonomi antarabangsa yang lebih adil dan rasional.

Xie Feng juga berkata, China bersedia untuk bersama-sama dengan Indonesia menuju ke arah pembangunan yang ditetapkan pemimpin kedua-dua negara dan menyelaraskan strategi pembangunan, memperdalam kerjasama pragmatik dan memperkasakan kerjasama serantau dan antarabangsa serta bersama-sama memelihara kedamaian, keamanan dan kemakmuran rantau Asia-Pasifik, bahkan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China