Cari:
Kem Musim Panas Institut Konfusius 2015 di Jakarta
2015-06-24 12:25:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Majlis pembukaan "Kem Musim Panas Institut Konfusius Indonesia 2015" diadakan di Universiti Al Azhar Jakarta, Indonesia semalam. Kem musim panas kali ini disertai oleh lebih 140 orang guru dan pelajar dari enam buah Insititut Konfusius Indonesia.

Presiden Universiti Al Azhar memaklumkan bahawa para guru dan pelajar yang menyertai kem musim panas tersebut akan mengadakan lawatan, ekspedisi dan latihan praktikal di bandar Beijing, provinsi Fujian, Hebei,Hubei dan wilayah Guangxi atas undangan Pejabat Kebangsaan China untuk Mengajar Bahasa China sebagai Bahasa Asing (NOCFL) dan ibu pejabat Insititut Konfusius China. Mereka juga akan mengadakan interaksi dengan guru dan pelajar China di tempat tersebut.

Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng yang turut menghadiri majlis ini berkata, kem musim panas Institut Konfusius pasti akan memberikan dimensi baharu kepada perkembangan hubungan China dan Indonesia.      

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China