Cari:
Aktiviti Daki Gunung Kinabalu Dijangka Dibuka Semula September
2015-06-26 14:50:43 CRI Cetak

Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu dijangka dibuka semula pada awal September ini. Demikian dikatakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, kapasiti pendaki akan dikurangkan separuh daripada jumlah biasa, iaitu daripada 192 pendaki kepada kira-kira 90 pendaki sahaja, pada peringkat permulaan pembukaan semula aktiviti pendakian tersebut.

Beliau menegaskan, keselamatan pendaki menjadi keutamaan, selain itu, kerja-kerja pengubahsuaian dan membaik pulih laluan sedang dijalankan dan turut melibatkan kepakaran teknikal.

-- BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China