Beijing mengeluarkan bantahan keras terhadap Filipina kerana menyiarkan sebuah dokumentari yang mendakwa Laut China Selatan merupakan wilayah negara itu.
Bantah itu dinyatakan melalui jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, dalam sidang media di Beijing hari ini.
Hua mengecam perbuatan Filipina itu sebagai memutarbelitkan fakta sebenar, sekali gus menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat kedua-dua negara.