Cari:
36 Terbunuh Feri Karam di Filipina
2015-07-03 14:42:24 CRI Cetak

Seramai 36 orang terbunuh, manakala 26 lagi hilang selepas sebuah feri yang membawa 173 penumpang serta 16 anak kapal terbalik akibat bertembung dengan ombak besar di perairan Filipina semalam.

Jurucakap Pasukan Pengawal Pantai negara itu, Armand Balilo memaklumkan, kapten dan beberapa anak kapal yang terselamat telah ditemukan dan direman buat sementara waktu. Siasatan akan dilakukan selepas operasi mencari dan menyelamat berakhir.

Dilaporkan, pasukan penyelam kini sedang bertungkus-lumus mencari mangsa feri tersebut di sekitar perairan ber­kenaan.

Feri penumpang itu karam akibat laut bergelora di perairan negara berkenaan ketika sedang belayar dari bandar Ormoc menuju ke selatan Pulau Camotes. Setakat ini seramai 127 mangsa berjaya diselamatkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China