Cari:
Bencana Kemarau Teruk Melanda Thailand
2015-07-08 12:51:13 CRI Cetak

Bencana kemarau paling teruk dalam tempoh 10 tahun lalu melanda Thailand baru-baru ini. Menurut pihak berkuasa Bangkok, simpanan air di bandar itu mungkin akan habis digunakan dalam tempoh sebulan lagi sekiranya hujan tidak turun.

Paras air telah mencapai tahap amaran di tiga takungan air utama di Sungai Chaopraya, salah satu daripada dua sumber air utama bagi Bangkok. Pihak berkuasa tempatan telah menasihati penduduk supaya menyimpan 60 liter air minum.

Jabatan Air Paip Bangkok bercadang untuk memperuntukkan THB 45 bilion (kira-kira RM 5 bilion) untuk tempoh tujuh tahun akan datang bagi meningkatkan kemampuan mengeluarkan dan menyimpan air paip.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China