Cari:
Dua Orang Juruterbang Indonesia Disyaki Penyokong IS
2015-07-10 14:12:19 CRI Cetak

Menurut laporan media baru-baru ini, badan perisikan Australia mensyaki dua orang juruterbang penerbangan awam Indonesia penyokong kumpulan militan Negara Islam (IS).

Sehubungan dengan itu, Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia, Tedjo Edhy Purdijatno berkata pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat sahih.

Beliau berkata, kementerian itu akan mengadakan perbincangan tentang hal ini dengan badan perisikan, pasukan polis dan badan antikeganasan negara itu.

Menurut jurucakap syarikat AirAsia di Indonesia, Ridwan Agustin, salah seorang juruterbang yang disebut dalam laporan tersebut sudah tidak berkhidmat dengan AirAsia lagi.

Dalam pada itu, Syarikat Perkhidmatan Penerbangan Komperhensif yang beribu pejabat di Jakarta pula menyatakan bahawa Tommy Abu Alfatih, seorang lagi juruterbang yang disebut dalam laporan itu, telah meletakkan jawatan pada 1 Jun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China