Cari:
Kedutaan Thailand di Turki Diserang
2015-07-12 15:33:44 CRI Cetak

Kerajaan Thailand menghantar pulang 109 orang imigran haram China pada 8 Julai lalu. Tindakan tersebut menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan turut mengakibatkan tunjuk perasaan di Turki. Konsul Thailand di Istanbul diserang oleh penunjuk perasaan. Kerajaan Thailand terpaksa menutup kedutaannya di Turki dan mengingatkan lebih 1300 orang warga Thailand di negara itu supaya berhati-hati.

Akhbar "Bangkok Post" melaporkan bahawa walaupun tindakan kerajaan Thailand itu dicela oleh PBB dan pelbagai negara, namun Perdana Menteri kerajaan sementara Thailand, Prayuth Chan-ocha tetap menegaskan, tindakan kerajaan Thailand menghantar pulang imigran haram itu sesuai dengan undang-undang antarabangsa.

Akhbar "Nation" Thailand pula melaporkan, hubungan Thailand dengan Turki terjejas disebabkan serangan terhadap konsul Thailand di Turki. Selain itu, dialog tentang perjanjian perdagangan bebas kedua-dua negara pun ditunda. Namun, pegawai Kementeiran Perdagangan Thailand berpendapat, hubungan perdagangan antara kedua-dua negara itu tidak akan terjejas ekoran perselisihan sementara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China