Cari:
Liow Tiong Lai: Malaysia Bersedia Ambil Bahagian dalam OBAOR
2015-07-15 16:53:14 CRI Cetak

Dialog Perniagagan China-Malaysia yang berfokus kepada pembinaan "Satu Jalur dan Satu Laluan" (OBAOR) diadakan di Beijing hari ini. Dialog itu dihadiri oleh lebih 250 orang peserta antaranya pegawai kerajaan, usahawan dan sarjana dari kedua-dua negara.

Naib Pengerusi Jabatan Hubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Zhou Li ketika berucap dalam upacara perasmian dialog itu berkata bahawa inisiatif OBAOR memberikan peluang pembangunan kepada China dan Malaysia yang menduduki lokasi penting dalam Jalan Sutera Maritim. Kedua-dua negara disaran mengintensifkan kerjasama saling menguntungkan dalam rangka OBAOR bagi memastikan hubungan perkongsian strategik secara menyeluruh antara kedua-dua negara selaras dengan perkembangan semasa.

Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), yang juga Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia bersedia aktif terlibat dalam pembinaan OBAOR, di samping menyokong penubuhan Persekutuan Pelabuhan oleh negara-negara di sepanjang Jalan Sutera Maritim. Malaysia akan terus menggiatkan usaha penubuhan zon perdagangan bebas dan taman perindustrian di kawasan pelabuhan bagi menarik lebih banyak pelaburan dari China, di samping menggalakkan perusahaan kedua-dua negara mengadakan kerjasama dalam bidang industri halal.

Para peserta yang menyertai dialog itu turut mengadakan perbincangan tentang beberapa topik termasuk perdagangan pelaburan, inovasi sektor kewangan, kerjasama perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembinaan infrastruktur, "Internet+" dan kerjasama pelabuhan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China