Cari:
China, Thailand Sambut Ulang Tahun ke-40 Terjalinnya Hubungan Diplomatik
2015-07-20 14:00:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak

 Jeneral Prem Tinsulanond

Aktiviti memperingati ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China dan Thailand telah diadakan Bangkok Thailand pada 18 Julai lalu. Aktiviti ini dianjurkan bersama oleh Pusat Kebudayaan China Bangkok, Suruhanjaya Penggalakan Kebudayaan Thailand dan China serta Persatuan Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa China.

Presiden Majlis Privi Thailand, Jeneral Prem Tinsulanond dalam ucapannya menyatakan bahawa hubungan Thailand dan China boleh dikatakan menjadi teladan kerjasama dan persahabatan bagi negara-negara yang berjiran. Pemimpin kedua-dua negara sentiasa mementingkan pertukaran sosiobudaya. Aktiviti sambutan Tahun Baharu China anjuran bersama kerajaan kedua-dua negara telah diadakan melebihi sepuluh tahun. Hubungan persahabatan, terutamanya hubungan kebudayaan menjadi lebih erat dan interaksi juga semakin banyak.

Duta Besar China ke Thailand, Ning Fukui berkata, hubungan China dan Thailand berkembang secara pesat pada masa ini berkait rapat dengan usaha dan sokongan yang disumbangkan oleh keluarga diraja, kerajaan dan Majlis Privi Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China