Cari:
Negara-Negara Barat Cuba Campuri Urusan Dalaman Thailand
2015-07-20 15:11:26 CRI Cetak

Baru-baru ini, beberapa negara dan pertubuhan antarabangsa mengkritik tindakan Thailand dengan menggunakan isu "hak asasi manusia". Sehubungan dengan hal itu, Institut Pembangunan Nasional Thailand mengumumkan hasil tinjauan umum semalam yang menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk Thailand bersepakat menganggap negara-negara barat termasuk AS sedang cuba mencampuri urusan dalaman negaranya.

Menurut tinjauan umum yang dijalankan terhadap 1,250 orang yang berumur melebihi 18 tahun pada 16 dan 17 Julai lalu, 37.92% responden menganggap negara-negara barat tersebut telah mencampuri urusan dalaman Thailand, 22% responden menganggap kritikan berkenaan merupakan "langkah politik AS terhadap China", 16.24% menganggap AS cuba meningkatkan pengaruhnya di kawasan Asia-Pasifik, dan 14.24% pula menganggap negara-negara barat cuba membina imej pelindung hak asasi manusia. Selain itu, hanya 13.6% responden menganggap pengkritik adalah untuk menunaikan kewajipan sebagai negara demoratik dan 10.96% menganggap Thailand telah mencabul hak asasi manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China