Pihak penerbitan majalah China--Panorama China-ASEAN dan pihak penerbitan majalah Thailand--Perdagangan ASEAN menandatangani perjanjian di Bangkok baru-baru ini untuk menjalankan kerjasama dalam bidang pengedaran, penerbitan, perkongsian manuskrip dan iklan.
Menurut petugas majalah Panorama China-ASEAN, majalah itu juga akan diedarkan di Malaysia dan Indonesia pada tahun ini. Majalah itu akan memperkenalkan China kepada negara ASEAN.
Ketua syarikat penerbitan majalah Perdagangan ASEAN Thailand berkata, kerjasama dengan pihak penerbitan majalah China akan membantu tokoh-tokoh kalangan politik dan perdagangan Thailand lebih mengenali China dan melabur di China serta menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak.