Sektor pertanian Malaysia optimis terhadap prospek "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) yang diterajui China, kerana inisiatif itu membawa peluang perniagaan yang amat besar kepada golongan pekebun di negara itu.
Presiden Persatuan Pekebun Buah-buahan Malaysia, Hong Jok Hon menyatakan, pekebun di negara itu perlu memiliki pandangan jangka panjang dan memanfaatkan peluang perniagaan yang disediakan oleh inisiatif OBAOR berkenaan bagi menembusi pasaran eksport buah-buahan ke luar negara.
Dimaklumkan, Kementerian Pertanian Malaysia kini sedang mengambil langkah untuk melicinkan pengeksportan nangka dan nanas.
Pada masa ini, enam jenis buah-buahan Malaysia antaranya longan, manggis, tembikai, papaya, rambutan dan durian beku dibenarkan dieksport ke China.