Cari:
AS Naikkan Kedudukan Malaysia ke Tahap 2 Senarai Pemerhatian
2015-07-28 15:59:53 CRI Cetak

AS menaikkan kedudukan Malaysia dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Mengenai Pemerdagangan Manusia daripada Tahap 3 kepada Tahap 2 senarai pemerhatian.

Peningkatan itu dilihat pencapaian bagi pelbagai dasar dan langkah diambil kerajaan Malaysia sejak setahun lalu dalam usahanya memerangi isu pemerdagangan manusia, selepas diturunkan daripada Tahap 2 senarai pemerhatian kepada Tahap 3 dalam laporan tahunan 2014.

Kenaikan kedudukan itu juga membuka laluan kepada Presiden Barack Obama untuk meneruskan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) membabitkan 12 negara, termasuk Malaysia.

Jun lalu, Kongres AS meluluskan undang-undang memberi kuasa kepada Obama untuk berunding mengenai TPP, tetapi bukan dengan negara Tahap 3.

(sumber diubah suai daripada http://www.bharian.com.my/node/70466)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China