Cari:
China, Indonesia Kukuh Kerjasama
2015-07-28 16:06:33 CRI Cetak

China dan Indonesia akan berusaha untuk melaksanakan persepakatan yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, merapatkan lagi hubungan yang saling percaya dan memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Demikian dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Yu Zhengsheng ketika menemui Presiden Indonesia, Joko Widodo di Jakarta semalam.

Yu berkata, inisiatif "Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21" yang disyorkan Presiden Xi dan pelan "Poros Maritim Dunia" yang didukung Jokowi menentukan hala tuju perkembangan hubungan Beijing-Jakarta. Oleh yang demikian, prospek kerjasama kedua-dua negara ini amat cerah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China