Pada masa ini semuanya masih lagi cadangan dan tiada keputusan rasmi dibuat.
Pihak Malaysia berkata, cadangan bersama pihak kerajaan kedua-dua negara andai ingin memasang impian untuk melobi secara bersama penganjuran temasya Sukan Olimpik 2028 perlu diperhalus terlebih dahulu.
Sekiranya Singapura bersetuju untuk menjadi tuan rumah bersama, pasti ada beberapa syarat yang akan ditetapkan dan semuanya memerlukan penelitian mendalam.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ingin melihat temasya sukan berprestij itu dapat diadakan di rantau Asia Tenggara.
Dimaklumkan, pembidaan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2028 akan bermula pada 2019 dengan pemenangnya akan diumumkan pada 2021 semasa Sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa ke-134.