Cari:
Singapura, Indonesia Ikrar Komitmen Pertingkat Kerjasama
2015-07-29 15:12:21 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia, Joko Widodo mengesahkan komitmen untuk terus mempertingkat hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

PM Lee berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama bagi menjadikan suasana lebih menarik agar syarikat-syarikat Singapura boleh terus memanfaatkan peluang di Indonesia, dengan adanya Zon Ekonomi Khas Batam, Bintan dan Karimun.

Kedua-dua negara juga berbincang mengenai kerjasama dalam bidang pelancongan. Oleh sebab Indonesia membangunkan semakin banyak pusat peranginan dan destinasi pelancongan, Singapura boleh mempromosikannya secara bersama dengan negara itu.

Selain itu, kerjasama keselamatan dan pertukaran maklumat risikan antara agensi keselamatan di kedua-dua negara juga dibincangkan.

Jokowi kini sedang dalam rangka lawatan rasmi yang pertama ke Singapura sejak menyandang jawatan presiden pada bulan Oktober tahun lepas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China