Menteri Luar China, Wang Yi akan menghadiri beberapa mesyuarat menteri luar Asia Timur serta melakukan lawatan ke Singapura dan Malaysia.
Jurucakap Kementerian Luar, Hong Lei hari ini mengumumkan, Wang Yi akan melawat ke Singapura bermula 2 hingga 3 Ogos depan atas undangan rakan sejawatnya dari republik itu, K. Shanmugam.
Selepas itu, bermula 4 hingga 7 Ogos nanti, Wang Yi akan menghadiri beberapa mesyuarat menteri luar di Kuala Lumpur, antaranya Mesyuarat China-ASEAN (10+1), Mesyuarat ASEAN-China, Jepun, Korea Selatan (10+3), Sidang Kemuncak Asia Timur dan Forum Rantau ASEAN.