Cari:
Malaysia, Britain Mahu Perkasa Kerjasama
2015-07-31 15:10:10 CRI Cetak

Malaysia dan Britain akan memperbaharui komitmen untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor utama seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan dan pertahanan.

Bersempena lawatan sehari Perdana Menteri Britain, David Cameron ke Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata dan mesyuarat perwakilan dengan rakan sejawatnya di pusat pentadbiran negara, Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata Kuala Lumpur dan London berminat untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan pada masa akan datang. Dengan jumlah dagangan yang meningkat pada kadar dua peratus setahun untuk 10 tahun terakhir serta jumlah dagangan tahun lepas bernilai RM17 bilion, momentum itu menjadi asas mengukuhkan perdagangan dua hala.

Najib turut mengalu-alukan lebih banyak syarikat Britain untuk meneroka peluang perniagaan di Malaysia.

Kedua-dua perdana menteri bersetuju bahawa pendidikan adalah salah satu daripada tonggak kerjasama antara kedua-dua negara. Promosi "Tahun Hebat untuk Pendidikan" yang dilancarkan Britain menjadikan Malaysia hab untuk menggalakkan pendidikan British di rantau ASEAN.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan beberapa isu serantau dan antarabangsa, menyentuh ancaman IS dan keganasan yang kian meningkat.

(sumber Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China