Cari:
Najib Terima Kunjungan Naib PM China
2015-07-31 15:27:46 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat daripada Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong di pejabat beliau di Putrajaya semalam, ketika Kuala Lumpur dan Beijing mahu hubungan dua hala diperkukuh lagi.

Dalam pertemuan itu, pelbagai isu telah dibincangkan, termasuk perdagangan dua hala dan ekonomi serta kerjasama serantau dalam bidang pertahanan dan pelancongan.

Najib menyuarakan harapan agar lebih banyak pelancong China berkunjung ke negara itu sejajar dengan langkah yang diambil kerajaan Malaysia untuk menggalakkan rakyat China melawat Malaysia selepas tragedi MH370.

Beliau juga menegaskan kesungguhan kerajaan Malaysia untuk melaksanakan projek taman perindustrian berkembar, iaitu Taman Industri Malaysia-China Kuantan di Pahang dan Taman Industri China-Malaysia Qinzhou di Guangxi, selatan China.

Dalam pada itu, China menyuarakan minatnya untuk mengambil bahagian dalam projek pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Malaysia-Singapura dan pelaburan dalam bidang lain.

Dimaklumkan, Liu berada di Malaysia untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke-128 di Kuala Lumpur ketika Beijing giat membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

(sumber diubah suai daripada BERNAMA Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China