Hasil siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati dana sebanyak USD700 juta (RM2.6 bilion) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah sumbangan penderma dan bukannya daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
SPRM dalam satu kenyataan berkata, SPRM, Polis Diraja Malaysia, dan Bank Negara Malaysia telah menubuhkan kumpulan penyiasatan khas untuk menyiasat dana USD700 juta itu. Laporan hasil siasatan berkaitan juga telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.
--Utusan