Cari:
Eksport Malaysia ke China Meningkat Ketara
2015-08-10 16:54:42 CRI Cetak

Jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dengan China mencecah RM 20.87 bilion pada bulan Jun lalu, meningkat 32.4 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut statisik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), jumlah eksport Malaysia ke China mencatat RM 9.65 bilion pada bulan Jun, meningkat 49.3 peratus.

Angka ini mencatat peratusan paling tinggi sejak Januari 2014. Dalam pada itu, peningkatan eksport minyak adalah antara penjana utama pertumbuhan eksport Malaysia ke China.

Selain itu, produk elektronik, logam, gas asli cecair, bahan kimia dan minyak kelapa sawit juga antara produk yang menunjukkan peningkatan eksport ke China.

Sementara itu, antara barangan import utama Malaysia dari China pula termasuklah produk elektronik, kelengkapan mekanik, tekstil dan pakaian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China