Cari:
Ekonomi Malaysia Catat Pertumbuhan 4.9 Peratus pada Suku Kedua
2015-08-14 11:52:11 CRI Cetak

Pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatat 4.9 peratus pada suku kedua tahun ini, dirangsang oleh sektor perlombongan, pembinaan dan swasta.

Walau bagaimanapun, angka tersebut lebih rendah daripada kadar 5.6 peratus pada suku pertama, dan mencatat kadar pertumbuhan yang paling rendah dalam tempoh 2 tahun lalu.

Maklumat ini diumumkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz di Kuala Lumpur semalam.

Menurut beliau, pergolakan dijangka berlarutan di pasaran pertukaran mata wang sehingga beberapa entiti ekonomi utama menetapkan dasar ekonomi yang jelas.

Menyentuh tentang penurunan nilai Ringgit Malaysia (RM) sejak kebelakangan ini, Tan Sri Zeti menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan kawalan modal dan menambat nilai RM berbanding dolar Amerika pada masa ini, di samping itu adalah amat penting bagi mengekalkan sistem kadar pertukaran yang fleksibel.

Tambah beliau, penurunan nilai RM tetap pada tahap yang boleh dikawal, dan impaknya kepada pertumbuhan ekonomi dijangka terhad.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China