Naib Pengerusi Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan Myanmar (USDP), U Htay Oo, menggantikan Thura U Shwe Mann, untuk menyandang jawatan ketua parti pemerintah negara itu semalam.
Menteri dalam Jabatan Presiden yang baru dilucutkan jawatan, U Tin Naing Thein, bakal menggantikan U Maung Maung Thein, untuk menyandang jawatan Setiausaha Agung parti tersebut.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan USDP, pertukaran tersebut perlu dibuat kerana Thura U Shwe Mann kini menyandang jawatan Speaker Parlimen Persekutuan dan Dewan Rakyat, sedangkan USDP memerlukan pemimpinnya menumpukan lebih banyak usaha dalam parti.
Pada 12 Ogos lalu, USDP mengumumkan parti itu akan mencalonkan 1,147 orang ahli untuk bertanding dalam pilihan raya umum pada bulan November tahun ini. Manakala, Presiden U Thein Sein tidak akan bertanding dalam pilihan raya tersebut.