Wichai Kinchong Choi berkata, pengaruh negatif penurunan nilai RMB kepada produk Thailand, khususnya produk pertanian untuk dieksport ke China adalah terhad. Thailand mengimport sejumlah besar bahan mentah daripada China pada setiap tahun, termasuk bahan pembinaan, komponen elektrik dan produk kimia. Oleh itu, penurunan nilai RMB mengurangkan kos berkenaan. Industri pelancongan dan pelaburan asing negara itu tidak terjejas teruk akibat penurunan nilai RMB berikutan kadar pertukaran baht Thailand berbanding dengan dolar Amerika juga menurun pada ketika ini.