Cari:
Malaysia, Australia dan China Teruskan Misi Pencarian Pesawat MH370 di Lautan Hindi
2015-08-17 15:22:21 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata, Malaysia, Australia dan China akan meneruskan misi pencarian pesawat MH370 di kawasan perairan Lautan Hindi Selatan.

Beliau berkata, dua serpihan yang ditemukan di Maldives sebelum ini telah dibawa balik ke Malaysia. Pihak berkuasa akan menganalisis dan mengenal pasti sama ada kedua-dua serpihan tersebut mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 atau tidak.

Menurut Liow Tiong Lai, kedua-dua serpihan tersebut lebih kurang bersaiz sama dengan tapak tangan. Pasukan penyiasat sedang membuat siasatan awal terhadap serpihan berkenaan. Jika disahkan sebagai komponen pesawat, serpihan tersebut akan segera dihantar kepada pasukan penyiasat antarabangsa untuk analisis selanjutnya.

Beliau menambah, Malaysia, Australia dan China mungkin akan mengadakan mesyuarat tiga pihak pada awal bulan September ini untuk menentukan semula kawasan pencarian pesawat berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China