Cari:
Singapura Tayang Filem Dokumentari Kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia
2015-08-17 14:31:26 CRI Cetak

Persatuan Penyelidikan Sejarah Perang Dunia Kedua Singapura mengadakan majlis tayangan perdana filem dokumentari Singapura pada Tahun 1942 bagi memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia.

Filem dokumentari yang diterbitkan oleh persatuan penyelidikan Singapura tersebut merupakan filem dokumentari pertama Singapura berhubung sejarah Perang Dunia Kedua. Dalam filem tersebut, pakar persatuan berkenaan telah menceritakan sejarah Singapura semasa dijajah oleh Jepun.

Selepas majlis tayangan perdana itu berakhir, persatuan penyelidikan Singapura tersebut telah menyerahkan surat kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, bagi membantah Kabinet Jepun yang diketuai Abe meminda Perlembagaan dan meluluskan draf undang-undang keselamatan baharu.

Tentera Jepun menduduki Singapura pada 15 Februari 1942 dan melancarkan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China