Cari:
Pesawat Trigana Air Dipercayai Terhempas
2015-08-17 15:06:41 CRI Cetak

Menteri Pengangkutan Indonesia

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan Indonesia malam semalam, Pesawat Trigana Air Indonesia yang terputus hubungan dengan menara kawalan udara pada kira-kira pukul 5.55 petang semalam sudah ditemukan oleh penduduk tempatan provinsi Papua. Menurut mereka, pesawat tersebut dipercayai terhempas di kawasan pergunungan.

Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Kementerian Pengangkutan Indonesia, Suprasetyo berkata, maklumat terperinci kemalangan itu masih dalam proses pengesahan.

Pesawat Trigana Air 1L-267 terputus hubungan dengan menara kawalan udara selepas kira-kira 30 minit berlepas dari Jayapura, ibu kota provinsi Papua dengan membawa 49 penumpang dan lima anak kapal.

Menurut pihak Kedutaan China di Indonesia, tidak ada warganegara China berada dalam pesawat itu.

Cuaca buruk dan kawasan yang bergunung-ganang merupakan dua faktor yang menyebabkan nahas penerbangan sering berlaku di provinsi Papua. Pada 12 Ogos lalu, sebuah pesawat kecil telah terhempas di Papua. Kemalangan itu menyebabkan seorang maut, manakala lima lagi cedera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China