Cari:
Sambutan Ulang Tahun ke-70 Hari Kebangsaan Indonesia
2015-08-17 15:19:09 CRI Cetak

Kerajaan Indonesia mengadakan upacara sambutan ulang tahun ke-70 Hari Kebangsaan pagi tadi.

Tema hari kebangsaan pada tahun ini ialah Menyemarakkan semangat Pengumuman Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 untuk menyokong kerajaan membangunkan negara agar Indonesia berkembang pesat dan makmur pada masa hadapan.

Indonesia pernah mengalami pentadbiran penjajahan Belanda selama lebih 340 tahun dan juga kesengsaraan akibat perang pencerobohan Jepun dan Britain. Namun, kini Indonesia sedang berkembang maju sebagai entiti ekonomi ke-10 terbesar di dunia.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, menyatakan bahawa tokoh-tokoh pemimpin veteran Indonesia telah meletakkan asas yang kukuh kepada perkembangan Indonesia pada masa hadapan.

Tambah beliau, Indonesia sekarang berada dalam tempoh yang harmoni, termasuk perpaduan bangsa dan kemajuan pendidikan. Selain itu, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah meningkat daripada IDR 1000 Trilion ke IDR 10000 Trilion dalam tempoh 15 tahun.

Beliau berpendapat Indonesia perlu optimistik dan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengatasi sebarang kesukaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China