Cari:
Majlis Pecah Tanah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua di Kuala Lumpur
2015-08-17 15:32:29 CRI Cetak

Majlis pecah tanah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua diadakan di Perkuburan Kwong Tong yang terletak di barat daya Kuala Lumpur pada 15 Ogos lalu. Masyarakat Cina tempatan menyeru kerajaan Jepun agar mengambil iktibar daripada sejarah dan memohon maaf secara ikhlas daripada negara-negara yang pernah dizalimi oleh mereka.

Pengerusi Persatuan Pengurusan Perkuburan Kwong Tong dan Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Tugu Peringatan, Du Hanguang berkata, dalam tempoh 3 tahun 8 bulan dijajah oleh tentera Jepun, penduduk Tanah Melayu pada ketika itu telah mengalami pelbagai kesengsaraan. Selain itu, banyak pejuang kemerdekaan dan rakyat turut terkorban dalam peperangan.

Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia Pheng Yin Huah pula berkata, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengecam pencerobohan Jepun, membantah peperangan dan mengutuk peluasan kuasa tentera dalam apa-apa jua bentuk.

Pada hari itu juga, satu forum tentang Perang Dunia Kedua turut diadakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China