Cari:
Singapura Gesa Jepun Capai Persefahaman dengan Negara Jiran
2015-08-18 14:15:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menurut akhbar The Sankei Shimbun Jepun, Kementerian Luar Singapura mengeluarkan kenyataan berhubung dengan perutusan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, dalam upacara memperingati ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia Kedua (WWII) yang diadakan pada 16 Ogos lalu.

Menurut kenyataan Singapura, Jepun perlu memikul "tanggungjawab peperangan yang sewajarnya", selain turut menggesa Jepun berusaha mencapai persefahaman dengan negara-negara jiran, termasuk China dan Korea Selatan.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, dalam ucapannya pada bulan Mei 2015 lalu mengkritik Jepun menunjukkan sikap yang ambiguiti dalam "mengenang kembali sejarah" dan "memohon maaf" berhubung dengan isu hamba seks dan peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Nanjing China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China