Para peserta sebulat suara bersetuju untuk membina mekanisme kerjasama tahunan bagi membanteras penjenayah antara kedua-dua negara dan akan meneruskan operasi membanteras penjenayah bersama-sama pada 1 Februari hingga 31 Julai 2016.
Sebelum ini, pihak polis kedua-dua negara telah melaksanakan operasi membanteras penjenayah pada bulan November 2014 hingga bulan Ogos 2015.
Terdapat 40 orang suspek ditangkap dalam operasi tersebut. Antaranya termasuklah 21 orang suspek warganegara Vietnam yang ditangkap oleh pihak polis China dan 19 orang suspek warganegara China yang ditangkap oleh pihak polis Vietnam.