Cari:
Liang Liang Selamat Lahirkan Anak di Malaysia
2015-08-19 13:12:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib semalam menerusi laman sosial Facebook dan Twitter beliau mengumumkan panda gergasi betina, Liang Liang, yang dipinjam dari China selamat melahirkan seekor anak betina pada pukul 1.45 petang semalam di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara di Kuala Lumpur.

Pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang tiba di Malaysia pada 21 Mei tahun lalu dan akan berada di Malaysia selama 10 tahun sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China yang sudah terjalin selama 40 tahun pada 31 Mei lalu.

Nama Xing Xing dan Liang Liang dipilih daripada 2,000 cadangan dalam pengundian yang disertai oleh rakyat Malaysia pada tahun lepas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China