Oleh itu, penggunaan kad cip UnionPay akan diselaraskan dalam sektor perbankan Thailand untuk dipromosikan kepada pengguna bank tempatan.
Thailand juga akan menjadi negara luar pertama yang menggunakan standard kad cip UnionPay sebagai standard kad cip tempatan.
Kini, kad UnionPay boleh digunakan hampir di semua Mesin Teler Automatik (ATM) dan 70 peratus kedai-kedai di seluruh Thailand.
Pihak Pengurusan kad UnionPay juga telah diwujudkan di sepuluh negara anggota ASEAN. Antaranya termasuklah warga Singapura, Malaysia dan Thailand yang kerap menggunakan kad UnionPay dalam urusan harian dan semasa pelancongan ke luar negara.