Cari:
Thailand Buru Suspek Serangan Letupan
2015-08-19 12:55:08 CRI Cetak

Menurut maklumat terkini yang dikeluarkan pihak Kedutaan China di Thailand, setakat pukul 7.00 malam semalam waktu tempatan, kematian warga China dalam letupan di Bangkok meningkat kepada enam orang, antaranya empat warga Tanah Besar dan dua warga Hong Kong. Selain itu, terdapat 22 orang pelancong China sedang menerima rawatan di hospital, manakala seorang lagi dilaporkan hilang.

Menurut media Malaysia, letupan yang meragut 22 nyawa itu turut melibatkan empat warga Malaysia.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-ocha, semalam berkata pihak tentera Thailand sedang memburu individu yang disyaki terlibat dengan insiden letupan tersebut.

Pihak polis Thailand telah menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju berwarna kuning meletakkan sebuah beg hitam di atas sebuah kerusi di kawasan Kuil Erawan. Beliau bergegas meninggalkan tempat tersebut selepas melihat telefon bimbit yang disimpan dalam sebuah beg plastik hitam. Letupan berlaku tidak lama kemudian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China