Cari:
Masyarakat Antarabangsa Kutuk Insiden Letupan di Bangkok
2015-08-19 15:23:51 CRI Cetak

Selepas letupan bom yang berlaku di Bangkok, Thailand dan mengakibatkan ramai orang awam terbunuh dan cedera, masyarakat antarabangsa mengutuk sekeras-kerasnya insiden tersebut, di samping merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, melalui laman webnya berkata, Malaysia menentang kekerasan terhadap orang awam.

Kementerian Luar Singapura turut mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan yang menyasarkan orang yang tidak berdosa itu. Presiden dan Perdana Menteri Singapura juga menyampaikan rasa simpati kepada mangsa melalui Internet.

Jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Negara Presiden AS, Ned Price, turut menyampaikan rasa dukacita kepada mangsa yang terlibat, di samping mencela keganasan tersebut.

Presiden Rusia, Viladimir Putin semalam membantah sekeras-kerasnya keganasan tersebut. Menurut beliau, jenayah itu tidak boleh dimaafkan. Oleh itu, beliau menyatakan sokongan terhadap kerajaan Thailand yang sedang berusaha memburu penjenayah tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China