Cari:
Tujuh Warga China Maut dalam Letupan Bom di Bangkok
2015-08-20 11:12:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menurut maklumat terkini yang dikeluarkan Kedutaan China di Thailand, jumlah warga China yang maut dalam letupan di Bangkok meningkat kepada tujuh orang berikutan seorang lagi warga China yang terputus hubungan sebelum ini telah disahkan terkorban dalam insiden tersebut.

Pihak Kedutaan Besar China mengesahkan bahawa setakat pukul 6.00 petang waktu tempatan 19 Ogos lalu, lima warga Tanah Besar China dan dua lagi warga Hong Kong terkorban dalam insiden letupan bom di Bangkok.

Dalam perkembangan lain, Kuil Erawan yang terletak di tengah-tengah bandar Bangkok telah dibuka semula pagi semalam dan keadaan lalu lintas di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan juga telah pulih seperti sedia kala.

Letupan bom yang berlaku pada malam 17 Ogos lalu telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 20 orang dan mencederakan lebih 120 orang. Antara mangsa-mangsa yang terkorban termasuklah warga dari Thailand, Singapura, Malaysia dan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China