Cari:
InvestKL Optimistik terhadap Prospek Pelaburan di Malaysia
2015-08-20 13:25:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Agensi pelaburan Malaysia, InvestKL Corporation (InvestKL) masih berkeyakinan penuh terhadap Malaysia yang merupakan destinasi pelaburan serantau, walaupun pasaran saham dan pertukaran mata wang Ringgit masing-masing menurun dalam tempoh satu tahun yang lalu.

InvestKL menegaskan bahawa pelaburan di Malaysia juga bertujuan untuk menyasarkan pasaran rantau ASEAN.

Agensi itu berkata, meskipun pertumbuhan ekonomi global perlahan pada ketika ini, namun syarikat transnasional masih mencari-cari peluang perdagangan yang menyasarkan pasaran ASEAN. Misalnya, rancangan projek infrastruktur Transit Aliran Massa (MRT) dan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Malaysia-Singapura masih diteruskan. Sehubungan dengan itu, MRT kedua dan ketiga juga akan memasuki peringkat pembidaan.

Menurut statistik setakat ini, jumlah pelaburan komitmen pelaburan asing mencatat RM4.5 bilion, termasuk 30 peratus daripadanya telah berjaya dilaksanakan dan menawarkan 6,800 peluang pekerjaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China